Buy & Sell
Ok…Seterusnya saya akan membincangkan bagaimana hendak membuka posisi dalam urusniaga ini.
Ada dua jenis posisi dalam urusniaga forex iaitu “Buy” dan “Sell”.
Mesti anda pening,”kenapa boleh sell pulak?Kat sape kita nak Sell?”..hohoho.Anda jangan silap.Sell bukan bererti anda jual.Tetapi sell terbalik kepada buy.Dalam hati anda ”Aik..terbalik??Memang la terbalik..nenek aku pun tahu beli lawannya jual.”Dalam forex,buy dan sell membawa erti yang berbeza.Mari saya jelaskan…
Kita ambil contoh pair..pair ape ek best?Hurmm..pair GBP/USD lah.
Bila anda membuka posisi “Buy”,ini bermakna anda membeli GBP dengan wang USD.Manakala bila anda membuka posisi “Sell” ini bermakna anda membeli beli wang USD dengan GBP.Nampak perbezaan nya?
Bilamana anda membuka posisi Buy (beli GBP dengan wang USD),apabila harga GBP/USD naik,anda akan mendapat untung dan apabila harga GBP/USD turun,sudah tentunya anda rugi.