Kelebihan SL dan TP
Kelebihan menggunakan SL dan TP ini ialah anda tidak perlu berada di depan computer sepanjang masa untuk mengawal posisi anda.Anda hanya perlu set kan TP dan SL dan anda sudah boleh off kan pc anda.TP dan SL tetap akan trigger walaupun anda off kan pc anda ataupun electric terputus.Anda juga boleh terus setkan SL dan TP anda semasa membuat pending order.Pastikan TP dan SL anda melebihi 10 pip dari harga semasa iaitu kalau anda membuat buy pada harga 2.0000,TP anda mestilah paling kurang di 2.0010 dan stop loss anda mestilah paling kurang di 1.9980.
Take Profit sangat penting dalam urusniaga forex.Sekiranya anda tidak menetapkan TP,harga mungkin akan naik sehigga anda untung beratus-ratus dan dan turun mendadak menyebabkan anda rugi teruk.Sekiranya anda set TP,anda mungkin sudah close posisi anda sebelum price tersebut jatuh dan menyebabkan anda rugi.TP juga perlu lah bersesuaian dengan analisa anda.Misalnya anda terlalu takut rugi jadi apabila anda sudah untung 3pip,anda terus close posisi anda padahal harga tersebut terus naik sehingga 100 pip menyebabkan anda tak untung banyak.Tapi ok la dari rugi kan?
Jadikan Stop Loss sebagai kawan anda.Nasihat saya, jangan sesekali tidak meletakkan Stop Loss apabila anda membuka posisi.Tidak ada 100% kepastian dalam urusniaga forex.Setakat turun naik 100pip tu dalam 5 saat boleh berlaku. Kalau anda tidak setkan SL anda,sekiranya harga melawan posisi anda dengan terus menerus apa yang akan berlaku?? Sudah tentu akaun anda akan TOTAL LOSS (TL) iaitu wang anda hanya tinggal telur ayam.OOOhhhh….NOOO!!!! Anda pun kembali ke pangkal jalan iaitu play safe dengan melabur dalam ASB. Tahniah!