Stop Loss dan Take Profit
Ape pulak “Take Profit (TP) ” dan “Stop Loss (SL)” nih??
Take Profit (TP):
“Take Profit (TP)” dalam bahasa Melayunya…nak cakap gak ke?Tak yah la kan. Dalam meta trader 4,take profit digunakan untuk anda set price close order sekiranya posisi anda tersebut telah untung.Misalnya anda telah membuat order long (ingat tak long tu amende?) untuk pair GBP/USD pada harga 1.9900.Anda ingin close order anda pada keuntungan 20 pip.Jadi anda boleh la set kan TP anda pada harga 1.9923 iaitu 20pip (+3 spread) atas dari harga anda open posisi.
Stop Loss (SL):
“Stop Loss (SL)” pula digunakan untuk anda menetapkan berapa maximum kerugian yang anda sanggup tanggung sekiranya pergerakan chart melawan posisi anda.Misalnya anda Long (mengharapkan chart naik) GBP/USD pada harga 1.9000.Tapi apa yang berlaku ialah harga chart GBP/USD tadi turun dengan mendadak 100 pip. Sekiranya anda set kan stop loss anda 20pip iaitu pada harga 1.8980, secara automatiknya apabila price sampai pada harga 1.8980 tadi posisi anda akan di close dan anda hanya perlu tanggung kerugian sebanyak 20 pip sahaja daripada 100 pip.